Tip 1 Memulakan projek.
Untuk memastikan kejayaan sesuatu projek, langkah awal perlu diberikan perhatian. Jika anda seorang yang komited dan yakin dengan potensi permintaan produk tetapi tiada pengalaman dalam soal pengurusan dan pengendalian projek penternakan ini, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan sedikit sebanyak informasi berkaitan ternakan ini . Maklumat ini boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti internet, pusat sumber, pusat ternak, rakan-rakan yang berpengalaman, agensi kerajaan yang berkaitan, menghadiri kursus penternakan serta lawatan ke pusat ternak dan pusat pameran amat penting bagi menjamin projek yang bakal diusahakan berjaya sebagaimana yang dikehendaki. Langkah yang tepat satu permulaan yang baik untuk menceburi dunia penternakan arnab. Sumber kewangan yang kukuh bukan jaminan kejayaan dalam penternakan ini. Pengalaman akan mengatasi segala halangan.
Terdapat 3 skop utama dalam dunia ternakan arnab.
1. Ternak hobi
2. Ternak komersial enterprise
3. Ternak komersial industri
Ternak hobi.
Pada asasnya ternak hobi ialah menternak bagi mengisi masa lapang, dikendalikan oleh ahli keluarga secara sambilan. Kuantiti ternakan ialah antara 2 hingga 50 ekor. Dijalankan dikawasan yang agak terhad. Contohnya di Taman-taman perumahan, pinggiran jalan atau tanah rezab atau di flat-flat. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi. Pemilihan baka lebih tertumpu pada kecantikan fizikal, mesra dan manja yang mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 2 kg pada umor matang. Baka-baka fancy yang menjadi pilihan antaranya silver marten , Polish, himalayan, anggora, lop ear , Lion Head, Jersey wool( english, holland, french dsb)
Ternak Komersial Enterprise
Kuantiti ternakan ialah diantara 50 hingga 500 ekor. Dikendalikan samada separuh masa atau sepenuh masa menggunakan tenaga kerja terlatih. Tidak sesuai dijalankan di kawasan persekitaran kediaman atau taman-taman perumahan. Produk utama ialah jualan anak serta daging. Anggaran kos tak berubah permulaan RM3000.00 untuk pembinaan bangsal, reban serta peralatan makan/minum. Kos berubah RM175.00
Ternak Komersial Industri.
Kuantiti ternakan melebihi 500 ekor. Dijalankan secara sepenuh masa. Dikendalikan oleh pekerja mahir dan terlatih. Memerlukan kawasan yang besar untuk membina bangsal dan sistem keselamatan pencerobohan anasir yang tidak ingini. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi, daging, bulu, kulit serta produk hiliran seperti produk dingin beku atau produk siap seperti daging burger, sosej, makanan ditinkan dan sebagainya. Kos tidak berubah boleh menjangkau melebih RM10,000 dan kos berubah boleh menjangkau lebih RM2500.oo sebulan
No comments:
Post a Comment