Wednesday, December 15, 2010

cerita terkini

salam.
agak lama saya menyepi untuk update blog ni kan?

okey. cerita arnab kita. tujuh ekor anak arnab telah berjaya dijual. 5 ekor yang pertama dibeli oleh seorang penternak dari seberang takir, dengan harga rm10 seekor. dia juga beli arnab jantan baka kampung kami dengan harga rm20. memang kami berhasrat untuk menjual jantan ni, sebab banyak sangan penjantan di farm kami.

ketika arnab2 dihantar ke penternak di teluk ketapang untuk dijaga ketika saya bercuti, ada kawannya mahu beli anak2 arnab kami. anak arnab yang tinggal tu, kurang sempurna. seekor tu, telinganya ada satu, dan seekor lagi tak ada kaki belakang. sebelum ni ada cerita mengenai ibu arnab makan anak kan? so inilah mangsa2 berkenaan yang berjaya survive, dan hidup macam biasa. huhu.

berita tak berapa baik pula, anak arnab yang berusia satu minggu lebih, yang dah tumbuh bulu 3 ekor tu mati pulak. en kazima beritahu yang anak2 arnab tu kena gigit. pelik juga arnab2 yang dah tumbuh bulu kena gigit dengan mak dia. tapi apa nak buat, benda dah jadi.

harap2, mula semester depan, lagi banyak arnab akan berjaya ditambah di ladang kami.

Thursday, November 25, 2010

good luck on your finals!!






final exam dah pun mula. dah lepas dua paper pun..huhu.. ada masa ni, so aku nak wish goodluck pada semua warga animal planet ni, terutamanya semua classmate aku la. moga makin ramai yang dapat dean list..kalau ada rezeki, ada la. dont give up, okey geng?


jangan jadi macam ni erk..huhu

Thursday, November 11, 2010

Rabbit!!

salam sejahtera semua.

peperiksaan hampir tiba, jadi masing-masing sibuk study sampai lebam, namun kebajikan arnab2 ni tak boleh diabaikan. walaupun sekarang cuti, masih ada beberapa pelajar yang diberi amanah untuk menjaga arnab2 kami di ladang.

di sini saya ingin hebah-hebahkan tentang penjualan arnab kami yang pertama. ini gambar:


nama diberi: Ramli.
baka: Lionhead
jantina: jantan
umur: lingkungan 5-7 bulan.
harga: rm150. boleh nego2.

ada sesiapa berminat? boleh hubungi saya Ahmad Khir, 013-3395937 untuk bincangkan dengan lebih lanjut.

update tentang arnab di ladang:

anak arnab kami semakin besar. anak-anak Melor, 4 ekor hidup semuanya. kini berusia hampir tiga minggu. Kenanga yang melahirkan anak seminggu selepas itu, buat perangai pelik, dia gigit anak2nya sampai terputus kaki dan sebagainya, dan dia tak menyusukan anaknya. setelah bertanyakan orang berpengalaman, kami meletakkan anak-anak Kenanga untuk disusukan oleh Melor. tapi sebelum itu, anak2 itu disapukan bedak untuk membuatkan Melor keliru dengan bau anak-anak Kenanga dan menerima anak-anak Kenangan itu.

Anak-anak Melor (empat ekor yang besar) dan anak-anak Kenanga (kini tinggal tiga ekor)





Kenanga yang dipaksa untuk menyusukan anak-anaknya.

*kredit: Afifah untuk gambar-gambar ni.(aku amek dekat facebook ko)

Saturday, October 30, 2010

Beranak Kali Kedua

arnab kami, Melor, beranak lagi..

excited sangat untuk anak2 kali ini. kami cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan tragedi pada anak kelahiran pertama supaya tak berulang.

kelahiran kali ini, ada empat ekor. malang sekali, kami tak bersedia langsung dengan kelahiran kali ini. jadi Melor beranak di dalam sangkar bersama dengan penjantan. jadi, ada anak arnab yang kena gigit dengan jantan tersebut. 2 ekor saja anak arnab yang sempurna sifatnya.

kami masih dalam proses menimba ilmu dan pengalaman, jadi diharapkan pengalaman lepas dapat membantu kami kali ini.

terima kasih.

Wednesday, October 20, 2010

cerita anak arnab

setelah lama tak update, akhirnya ada jugak masa untuk update di sini. yelah, blog sendiri kena update jugak kan.. haha

okey, cerita pasal arnab kami, anak2 arnab yang sudah beranak tak lama dulu, mati. sedihnya..huhu. ini disebabkan maknya yang tak pandai bagi susu. student perempuan sempat bawak balik anak2 arnab tu ke bilik dan bagi minum susu formula. pada awalnya nampak okey je, sebab arnab tu dah tumbuh bulu, ingatkan semua okey. tapi tak lama lepas tu, badan diorang dah mula kurus2. dan akhirnya, mati jugak.

pengalaman itu mengajar. dengan berbekalkan kegagalan kali ni, harap-harapnya perkara ni tak berulang, dan kami boleh dapat anak arnab yang lebih sihat dan cepat membesar.

sekian dulu buat masa ni. thanks.

Thursday, September 30, 2010

arnab sedah beranak

akhirnya, projek kami mula menampakkan hasil. Melor, arnab kami telah selamat melahirkan anak. ada 5 ekor pada asalnya, tapi seekor dah mati, tak pasti puncanya.

kini, kami sedang meneliti pasaran daging arnab dan berkira-kira untuk mendapatkan arnab baka New Zealand yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

doakan kami berjaya dalam segalanya.

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya



pihak admin, 
mewakili pelajar-pelajar animal science tahun 2, 
UNISZA,

mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
kepada semua...

MAAF ZAHIR BATIN..



curretly away for holiday...

Wednesday, August 25, 2010

projek ternakan arnab kami.

update terkini student animal science tahun 2.

ternakan arnab kami sudah semakin sihat dan membesar dengan baik. arnab betina kami, yang dinamakan sebagai Melur dan Kenanga, kini sedang on-heat. atas nasihat seorang blogger yang berpengalaman dengan ternakan arnab, Sazali, arnab jantan kami, kini diletakkan dalam sangkar bersama dengan Kenanga untuk suatu tempoh untuk dikahwinkan.

kini, kami dalam usaha menyiapkan sangkar menggunakan bahan berkos rendah seperti dawai untuk menggantikan sangkar untuk arnab-arnab yang lebih kecil iaitu Ramli dan Saloma, yang kini sudah semakin besar, mengakibatkan mereka semakin sempit berada di dalam sangkar sedia ada. kami juga akan membawa masuk sepasang lagi arnab, dipercayai baka kampung, untuk menambah jumlah arnab yang sedia ada, bagi membolehkan kami mendapat hasil dengan lebih cepat.

selain itu, kami berjaya mendapat kerjasama dengan Encik Kazima dari Teluk Ketapang untuk meneruskan projek penternakan arnab ini. dengan pengalaman dan nasihat dari beliau, diharapkan projek kami dapat berjalan dengan lancar dan berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

Saturday, August 14, 2010

Soal Jawab Penternakan Arnab

# BAKA

APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

1. New Zealand White.
2. Calfornian.
3. Carolina.
4. New Simonare.
5. Sepanyol.

# PEMILIHAN BAKA

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.

Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:

1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.


# KAWALAN PENYAKIT

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

# MENYIMPAN REKOD

APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?

Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:

1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
3. Untuk memudahkan program pembiakan.
4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.

# MAKANAN UTAMA

DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?

Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.

Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.

Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.

# CARA PEMBERIAN MAKANAN

ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?

Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.

Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.

# MAKANAN TAMBAHAN

ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?

Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.

Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.

Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.

Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.

Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.

# PEMBIAKAN

BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?

Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai “territorial behaviour” yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.

Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

# KEKERAPAN MENGAWAN

BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.

Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

Friday, August 6, 2010

langkah awal dalam ternakan arnab

Tip 1 Memulakan projek.

Untuk memastikan kejayaan sesuatu projek, langkah awal perlu diberikan perhatian. Jika anda seorang yang komited dan yakin dengan potensi permintaan produk tetapi tiada pengalaman dalam soal pengurusan dan pengendalian projek penternakan ini, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan sedikit sebanyak informasi berkaitan ternakan ini . Maklumat ini boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti internet, pusat sumber, pusat ternak, rakan-rakan yang berpengalaman, agensi kerajaan yang berkaitan, menghadiri kursus penternakan serta lawatan ke pusat ternak dan pusat pameran amat penting bagi menjamin projek yang bakal diusahakan berjaya sebagaimana yang dikehendaki. Langkah yang tepat satu permulaan yang baik untuk menceburi dunia penternakan arnab. Sumber kewangan yang kukuh bukan jaminan kejayaan dalam penternakan ini. Pengalaman akan mengatasi segala halangan.


Terdapat 3 skop utama dalam dunia ternakan arnab.

1. Ternak hobi
2. Ternak komersial enterprise
3. Ternak komersial industri

Ternak hobi.

Pada asasnya ternak hobi ialah menternak bagi mengisi masa lapang, dikendalikan oleh ahli keluarga secara sambilan. Kuantiti ternakan ialah antara 2 hingga 50 ekor. Dijalankan dikawasan yang agak terhad. Contohnya di Taman-taman perumahan, pinggiran jalan atau tanah rezab atau di flat-flat. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi. Pemilihan baka lebih tertumpu pada kecantikan fizikal, mesra dan manja yang mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 2 kg pada umor matang. Baka-baka fancy yang menjadi pilihan antaranya silver marten , Polish, himalayan, anggora, lop ear , Lion Head, Jersey wool( english, holland, french dsb)

Ternak Komersial Enterprise

Kuantiti ternakan ialah diantara 50 hingga 500 ekor. Dikendalikan samada separuh masa atau sepenuh masa menggunakan tenaga kerja terlatih. Tidak sesuai dijalankan di kawasan persekitaran kediaman atau taman-taman perumahan. Produk utama ialah jualan anak serta daging. Anggaran kos tak berubah permulaan RM3000.00 untuk pembinaan bangsal, reban serta peralatan makan/minum. Kos berubah RM175.00

Ternak Komersial Industri.

Kuantiti ternakan melebihi 500 ekor. Dijalankan secara sepenuh masa. Dikendalikan oleh pekerja mahir dan terlatih. Memerlukan kawasan yang besar untuk membina bangsal dan sistem keselamatan pencerobohan anasir yang tidak ingini. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi, daging, bulu, kulit serta produk hiliran seperti produk dingin beku atau produk siap seperti daging burger, sosej, makanan ditinkan dan sebagainya. Kos tidak berubah boleh menjangkau melebih RM10,000 dan kos berubah boleh menjangkau lebih RM2500.oo sebulan

Tuesday, August 3, 2010

Info Mengenai Ternakan Arnab

PENGENALAN

Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

FAKTA LAIN TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam

Saturday, July 31, 2010

PROSPEK PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA

Arnab diternak di seluruh dunia untuk untuk pelbagai tujuan. Di Eropah dan Asia, arnab merupakan sumber makanan penting. Arnab menghasilkan daging putih yang halus, tinggi protein, rendah lemak, sangat enak, dan boleh menggantikan unggas di sebahagian besar resepi. Bangkai arnab hanya terdiri dari 20 peratus tulang. Di Amerika Syarikat, penternakan arnab lebih diutamakan untuk tujuan penghasilan kulit sebagai perhiasan dan pakaian. Penyelidikan perubatan dan kosmetik juga memerlukan sejumlah besar arnab setiap tahun. Ramai penternak menternak arnab sebagai hobi semata-mata tanpa menyedari bahawa sumber protin yang terdapat dalam daging arnab amat sesuai untuk diet pemakanan alternatif yang berkualiti tinggi.

Dunia penternakan arnab di Malaysia lebih mengenali arnab sebagai spesis haiwan yang diternak atau dibela sebagai haiwan kesayangan. Sifatnya yang manja, mesra dan menawan serta mudah dilatih telah menenggelamkan produk lain yang boleh dimanfaatkan seperti daging, bulu, kulit serta kompos. Ditambah pula sifat penyayang masyarakat Malaysia, haiwan ini gagal dimanfaat untuk sajian seisi keluarga.Penggunaan dalam penyelidikan, perubatan, pameran dan pertunjukan haiwan serta tarikan ke pusat-pusat rekreasi juga merupakan satu nilai tambah produk berasaskan arnab.Produk siap seperti penghasilan daging burger, sate, sosej, makanan ditinkan, serunding yang merupakan sebahagian dari diet pemakanan rakyat Malaysia amat sukar diperolehi dipasaran tempatan. Sehingga kini, tidak ramai pengusaha penternakan di Malaysia mengusahakan ternakan ini secara produktif. Sedangkan prospek penternakan ini amat cerah untuk dikomersialkan samada diperingkat domestik atau antarabangsa.Terlalu bergantung kepada beberapa jenis ternakan sahaja bukanlah satu langkah yang bijak dalam memastikan stok daging negara mencukupi untuk jangka masa yang panjang.Dengan kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan, penternakan berskala besar perlu digiatkan. Kerajaan seharusnya membantu menyediakan kemudahan dan skim galakan bagi memungkin penternakan ini berdaya saing dalam memenuhi stok daging negara. Kemudahan pembiayaan kewangan, Latihan dan pemasaran amatlah diperlukan. Kajian dan penyelidikan dalam penghasilan produk berasaskan arnab perlu ditingkatkan.Malaysia akan terus menjadi pengimport tegar produk daging untuk beberapa dekad akan datang jika tiada usaha berterusan dilakukan mulai sekarang dalam memperkayakan koleksi penternakan komersial.

Kini, kami berada dalam langkah awal untuk memulakan projek ternakan arnab kami sendiri. 

Kata Mula

salam perkenalan.

Droughtmaster adalah nama batch bagi pelajar-pelajar tahun 2 dari kusus Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan di Universiti Sultan Zainal Abidin. Blog ini bertujuan untuk berkongsi input mengenai program kami dan berkongsi ilmu mengenai ternakan-ternakan di Malaysia.

segala tunjuk ajar harap diberikan. terima kasih.