Wednesday, August 25, 2010

projek ternakan arnab kami.

update terkini student animal science tahun 2.

ternakan arnab kami sudah semakin sihat dan membesar dengan baik. arnab betina kami, yang dinamakan sebagai Melur dan Kenanga, kini sedang on-heat. atas nasihat seorang blogger yang berpengalaman dengan ternakan arnab, Sazali, arnab jantan kami, kini diletakkan dalam sangkar bersama dengan Kenanga untuk suatu tempoh untuk dikahwinkan.

kini, kami dalam usaha menyiapkan sangkar menggunakan bahan berkos rendah seperti dawai untuk menggantikan sangkar untuk arnab-arnab yang lebih kecil iaitu Ramli dan Saloma, yang kini sudah semakin besar, mengakibatkan mereka semakin sempit berada di dalam sangkar sedia ada. kami juga akan membawa masuk sepasang lagi arnab, dipercayai baka kampung, untuk menambah jumlah arnab yang sedia ada, bagi membolehkan kami mendapat hasil dengan lebih cepat.

selain itu, kami berjaya mendapat kerjasama dengan Encik Kazima dari Teluk Ketapang untuk meneruskan projek penternakan arnab ini. dengan pengalaman dan nasihat dari beliau, diharapkan projek kami dapat berjalan dengan lancar dan berjaya membuahkan hasil yang lumayan.

2 comments:

  1. soalan2x!

    bro, bile rabbit bru nk check in?
    bile plak korg nk brtukang?

    cage si ramli dgn saloma mmg nmpk sempit, dyorg tu kuat makan..

    ReplyDelete
  2. kak dib, sorry lama tak bukak. sekarang dah ada 2 ekor jantan baru.

    cage yang dibuat pun buat gitu2 je. harap puas hati..huhu

    ReplyDelete